Saturday, July 14, 2012

Hai Serdang !

Assalamualaikum w.b.t/لسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُl

 Bangun pagi , dah boleh senyum hari-hari pasni . Setiap hari pon tersenyum Cuma kali ni makin lebar. Segalanya sudah terjawab .Kurang dua bulan dari sekarang .
Benar , sangat benar . Jangan meragui urusan Allah . Mula-mula masuk matrik frust kot . Last-last aku Berjaya dgn jayanya setahun di matriks , dan hasilnya , bachelor ekonomi in UPM !
Alhamdulillah . syukur . Yeay !!!!
Allah is the best planner . Kali ni jugak Dia rencanakan supaya bestfriend aku dari alam sekolah, sampai matrik , sampai la kali ni pon Faezah Jamaluddin dapat UPM skali ngn aku ! :D
Cik eifa dapat uitm . Dan yg lain-lain ramai dpt UKM . tak kesah la. ujung mggu still boley lepaking sama-sama . Mr Gula-gula Hati pon gumbira . Dia cakap tunggu kat sana nanti :>
Syukur Ya Tuhan atas rencana indah Mu ini. 



Tuesday, June 5, 2012

kanvas kehidupan

Assalamualaikum w.b.t/لسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُl

Lama pulak rasanya meninggalkan arena blog nie. 

lebih focus ke blog lagik satu.

Lebih focus dgn kehidupan baru.

Lebih focus dengan twitter . ahaks :D


Berbicara tentang kehidupan. Manusia nie kadang-kadang lebih suka menyesali tentang apa yg telah dilaluinya
dari belajar untuk menghargai ,
dari belajar untuk menyedari kesilapan dan mengubahnya
dari belajar untuk bangkit dan memulakan semula kehidupan baru .


hidup ini sangat indah sebenarnya. Renungkan sejenak perjalanan hidup kita selama nie. mungkin kita selalu terluka.mungkin jugak kita selalu berasa dunia terlalu kejam dan tidak adil. Tapi mengapa perlu mengenang terus-terusan yg meduka citakan bila hidup ini tak kurang juga memberi seribu satu rasa manis buat kita :D. Bila berduka mungkin kita terlalu dikaburi dengan bayangan kesedihan sampai terlupa detik-detik indah yang tetap mewarnai kanvas hidup ini

lupa akan mereka yg sentiasa berada di sisi kita selama ini
lupa tentang saat indah yg pernah kita kecap walau sesaat Cuma
lupa tentang kejayaan yg pernah kita miliki berbanding hanya mengenangkan kegagalan
lupa siapa diri kita yg sebenar
lupa kepada Yang Maha Kuasa . . .

Aku pun seorang insan biasa . Pernah merasa kegagalan , pernah merasa kecewa, pernah merasakan dunia ni terlalu kejam , pernah berputus asa , pernah melakukan kesilapan-kesilapan bodoh . . .kita merasakan Allah telah mengecewakan kita. Akan tetapi..
kita kecewakan Allah..tak pernah pula kita fikirkan..

Tapi itu sudah menjadi lumrah manusia . Takkan pernah lepas dari melakukan kesilapan. Yang membezakan hari nie dan hari esok, hari esok masih bersih tanpa sebarang kekhilafan yang menanti kita untuk mencorakkan nya sendiri. Gagal selepas usaha adalah hikmah, anda akan mendapat sesuatu yang lebih besar daripada apa yang anda sangkakan.
Dan aku , aku rasa hidup nie dah cukup sempurna buat aku. Belajar menghargai mereka di sekeliling. Jangan dah hilang baru nak tercari-cari.

Jangan bermimpi mencipta KEBAHAGIAAN ,
Jika TIDAK mampu memupuk SABAR melalui KEKECEWAAN .
Jangan terlalu mengharap akan KESEMPURNAAN ,
Jika tidak mahu berusaha MEMPERBAIKI DIRI melalui KESALAHAN .
Jangan mendamba dan meminta BERLEBIH-LEBIHAN ,
Jika tidak tahu untuk BERSYUKUR dan BERTERIMA KASIH di atas PEMBERIAN (",)

Wednesday, April 18, 2012

Khayalan tingkat tinggi

Assalamualaikum w.b.t/لسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُl

 
Masih hujan di luar. Ada seribu satu macam benda yang bermain di kotak fikiran ni. Hati pulak lebih kepada perasaan lapang. Mana taknya Allah permudahkan segalanya bagi ku. Alhamdulillah, so far my final exam paper, everything’s just fine =) Next paper this Monday. Moga-moga dipermudahkan juga. insyaAllah . Aamiin =)

Dah tak lama dh nak habiskan pengajian di Matriks . Semakin hari semakin banyak impian cuba dicapai. Semakin banyak benda ingin dimiliki.


teringin sangat nk sambung belajar and stay kat oversea. Teringin nak gi New Zealand, New York , Japan , takpun my feveret Italy :D .Aku suka Italy sebab aku teringin nak gi rome, venice, florence, Milan. Suka sangat lah Italy ! nak pasta , nak pizza. All my feveret! and my team FIFA pun team Italy.dont say anything.  They won the world champion title for the fourth times in 2006.

Lagi impian aku yg dapat aku fikirkan sekarang ialah teringin nak menulis macam MEREKA. Macam siapa kah ? tengok bloglist aku. I adore their writings. Pandai mereka nie bermain dengan kosa kata .sarcasm and macam-macam lagik lah . tabik spring ke kalian . banyak lagi actually yg belum aku masukkan ke bloglist. Sabar ye.

Teringin nak hasilkan buku sendiri. Oke jangan gelak. Buku merepek apa kejadah la yg aku nak tulis nie. Siapa yg nak membaca dan apa yg nak ditulis ? aku pun tak tahu, tapi nak tulis buku . nak jadi penulis ! nak jugak ! tulis novel cinta meleleh,merepek , memang tak la. Nak tulis sesuatu yang lain tapi bila orang baca mereka boleh tahu itu identiti  aku.

Teringin nak jadi sukarelawan yg travel around the world tue. Pegi tempat bencana atau tempat perang. Bantu orang yg dalam kesusahan. Kalau la aku dah tak ada komitmen kat siapa-siapa pun kat dunia nie. . .kalau la aku bebas mengembara. .

Suatu hari nanti bila dh bekerjaya aku akan jadi kaya. Hartawan. Wow ! (aamiin) Bila dah jadi kaya aku akan melabur , buat bisnes sendiri secara meluas. Ada francais dalam dan luar Negara. Mana tau nanti muka aku keluar cover majalah TIME , Fortune dan yang pasti bukan penghias muka depan Playboy =.=

dan banyak lagi impian. .
dan aku juga sedar  . .


Bila Allah cepat makbulkan doamu, maka Dia menyayangimu, bila Dia lambat makbulkan doamu, maka Dia ingin mengujimu, bila Dia tidak makbulkan doamu, maka Dia merancang sesuatu yang lebih baik untukmu. Oleh itu sentiasalah bersangka baik pada Allah apa jua keadaan pun. kerana Kasih Sayang ALLAH itu mendahului Kemurkaan-Nya =)

Monday, April 2, 2012

hadapi dengan senyuman :)

Assalamualaikum w.b.t/لسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُl

 
Quick hupdate.  3.14 am. Aku masih tak lelapkan mata. Baru selesai segala tutorial. Sambil makan magi goreng. Kira sahur la nie kalau niat aku nak puasa esok takde halangan.
Hmmmm biasa lah, esok nk submit malam nie baru mengggelabah nak buat. Lupakan pasal kerja tue. Tak menarik pun.
Habis apa yg menarik ? 




My life =) 
 Back to the place, the wonderful days 
Living the life i used to know 
Where every smile 
Was born out of a love and of sincerity 
And every tear of everflowing joy


yeah ! aku dah jadi ezzaty jafry yg dulu semula. =) mungkin dekat-dekat final kurang two weeks gi Allah dah buka jalan ke aku. Macam aku selalu percayakanNya sebelum-sebelum nie. And now aku puas hati sangat dengan hidup aku. What I really need is friend. True friend. And I got that now !
dah takde istilah sunyi-sunyi lagi. Aku teringat kata seseorang , dia cakap dulu time umor dia 19, dia tak achieve apa-apa lagi. Aku terdiam,seraya berfikir. . . my life? Aku dah rasa macam-macam dah. Ok masih terlalu muda utk bercakap   mcm umur 91 tahun =3
tapi dari segi pengalaman hidup tak kurang hebat nya dunia nie dah menduga aku. Takdir tak henti-henti mencabar aku. Aku diuji dengan kehilangan mereka yang aku sayang. Hilang dan ‘hilang’
. biarlah aku sahaja yang mengerti. Terima kasih buat mereka yang tak pernah tinggalkan aku
Family, kawan-kawan, cinta hati , siput, ayam, anis afyniss, biskut, panda, mican, van hellsing =)  . keh3.. banyak betul gelaran dorang nie.
Aku tak update dh kot pasni sampai habis final. Saat-saat nie saat genting. Aku mohon mereka di atas memahami aku. Don’t let me feel down. Silap langkah sikit pun boleh buat aku terbabas . no! aku harus berjaya, nak apply scholar senang nanti. Harap-harap pasni takde masalah yang membelengu lagi . aamiin ~~




Bagi aku rasa hidup nie sangat indah. Betul la, jangan pernah meragui urusan Allah
. aku makin kuat ! makin gembira =) walau aku tak dapat ‘sesuatu ’ yang aku nak. . . . :’)

Aku berharap sangat siapa pun yang membaca entry aku ni sentiasa pandang hidup nie dengan cara positif macam aku.  Ingat lah…
 Kita merancang,
Allah juga merancang,
pastinya perancangan Allah lebih baik

Buka mata, terimalah dengan HATI. Ikhlas kan diri, insyaAllah janji Allah pasti :)
Aku terima apa jua yang telah ditetapkan oleh Mu Ya Allah .
terima kasih kerana mengirimkan mereka yang sentiasa menyayangi diri ini, sumber kekuatan ku :')


p/s :Siap sedia untuk final !