Assalamualaikum w.b.t/لسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُl
*entry nie mungkin sinis atau sarkastik
Hurm. Sja la teringat nak tulis pasal nie.buat peringatan kat diri sendiri jugak. Ramai la orang aq tengok boleh jadi gila sebab cinta. Ye la cinta nie time happy,happy la. Time dilanda ombak badai segala tue,nahhhhhhhhhhhhhhhhhh! Amekaw!
Ada yang maen-maen je sal cintan cintun nie,and ada lak yang amek seriussssssssss. Seriussss beb! =p
Yelah soal hati and perasaan nie memang tak leh kawal. Tapi kepada yg belum lagi bercinta bagus la! Kippidap,kippidap! =)
Tapi kalo yang sudaa terlanjur bercinta tue (including me),tak payah nak serabut sangat la kan soal cintan cintun nie. Ada yg sanggup mati demi cinta. Tapi berbaloi ke semua tue?? Nak2 lagi yg frust menonggeng,nak bunuh diri la apa la,think rasionally la. Orang semua doa nak mati dalam IMAN kaw free2 je mati KATAK kan. Bergadoh,bertengkar, merajuk semua tue macam dah rutin pulak time kapel @ kawen kan.kalo dh kawen tue biar la tapi yang tak kawen gi nie. Ada masalah sikit nanges pagi,petang,siang malam. (perempuan selalunya)
Lepas tue nak moody tak tentu pasal. And kadang2 kawan2 yang jadi mangsa tempat lepas tensen. Kan,kan?? Macam nk sekeh je spe yg jd kan aq tempat lepas geram nie. *sigh =.=
Tapi cuba pikir balek,apa jaminan nya orang yang kita susah2 nak tatang sangat tue akan jadi suami/isteri kita?
Tengok2 bergadoh 2,3 hari,merajuk seminggu-dua,tup2 dah beralih cinta dh kat orang lain pulak. Itulah sebenarnya hakikat kehidupan nie. Nampak tak,nampak tak? Habis yang kita dok bersusah –payah tadi tue mendanyer?? Tak ke buang karennnn namanya~~
Lepas tue yang jenis menunjuk2 nie time bercinta. Bila ingat balik pasangan kapel kat sekolah aq tue mmg klakar la jugak. Bercinta bagai nak rak. Hari2 dating,nak tempat yg ramai orang lalu lalang je kn,ye laa nk menunjuk! Cikgu tegur semua mmg dah tak makan saman dah,dunia,meraka yang punya! Alih2 bila dh habis sekolah.. SAYONARA~~~
 |
stress la sgt... =p |
Alahai….. bila ditanya,
‘amacam ko ngn si XXXX tue skang?’
‘dh takde jodoh,nak buat camna kan…………………………..’
Simple! Itu adalah ayat wajib pasangan yang sudah terputus hubungan. Putus cinta ke,putus tunag ke. Ayat tue la suma orang pakai kn. Habis tue time bercinta dah pasti la ea dia jodoh kaw. Habis kenapa perlu nak menunjuk lagi??
Bagi yg agak2 dah terok sangat tue yang jadi hamba cinta,kena balik semula pada yg asal.ingat balek.
‘Allah mengkurniakan cinta kepada manusia. Pasti ia bukan sesuatu yang hanya sia-sia, bukan?
Oleh itu, ayuh kita murnikan kembali pandangan kita terhadap cinta.
Tidaklah Allah mengkurniakan cinta itu, melainkan agar ia memudahkan kita mencapai matlamat hidup kita.
Apa matlamat hidup kita?
"Dan tidak aku menciptakan jin dan manusia melainkan agar mereka beribadah kepadaKu." - [Surah Adz-Dzariyat, 51: 56]
Ya - itulah matlamat kita.
Bukan cinta.’
Cinta tue pada hakikat sebenarnya indah sangat dan anugerah dalam hidup nie,tapi sayangnya lain pulak yang jadi.
Aq suka tengok ada ja mereka yg steady relaks je bercinta. Tak payah nak kecoh2,tapi bertahan gak hubungan tue sampai ke jinjang pelamin. Berbanding ngan mereka yang stresss,obses ngn pasangan masing-masing, terlampau menunjuk2,yang akhirnya tak ke mana pun.
Aq pernah gak terlalu menyayangi yang melampau2 sampai makan diri balik. Kih3. Padan la muka kan. Tapi tue zaman muda2 la. Skang dah besar,dah reti berfikir..Tapi tak mengapa sekurangnya semua benda tue aq jadikan sempadan,buat pedoman dan sebagai pengalaman hidup. Sebab aq bukannya jenis yang bercinta untuk main2,nak have fun ke ape ke. Aq tak nak jadikan cinta sebagai satu bebanan dalam hidup aq. Aq pun tak tau sapa kan jodoh aq yg sebenar2 nya yang telah ditetapkan oleh Allah S.W.T. tapi buat masa sekarang ada lah seorang insan yang sentiasa menemani setiap detik perjalanan hidup aq nie,tak lupa juga family and kawan2. Tue dah cukup. Mujur insan yang di utus tue cukup memahami =) sebab aq mmg xska cinta jadi penghalang atau satu masalah dlam hidup aq.
Bagi aq bercinta tue biar la sampai ke gerbang perkahwinan.
‘Ya Allah... Seandainya telah engkau catatkan... Dia milikku tercipta buatku... Satukanlah hatinya dengan hatiku... Titipkanlah kebahagian antara kami.... agar kemesraan itu abadi... Dan ya Allah... ya tuhanku yang maha mengasihi... Seiringkanlah kami melayari hidup ini... Ketepian yang sejahtera dan abadi...
Tetapi ya Allah... Seandainya telah engkau takdirkan... dia bukan miliku... Bawalah ia jauh dari pandanganku... Luputkanlah ia dari ingatanku... Dan peliharalah aku dari kekecewaan....
Ya Allah... Cukuplah engkau sahaja yang menjadi pemeliharaku... Jangan engkau biarkan aku sendirian... Di dunia ini mahupun di akhirat... Maka kurniakanlah aku seorang pasangan yang beriman... Supaya aku dan dia sama-sama dapat membina kesejahteraan hidup... Ke jalan yang Engkau redhai... dan kurniakanlah padaku keturunan yang soleh....’
Amin.. Ya Rabbal A'lamin~
