Sunday, April 17, 2011

seandai kau mengerti | Cerpen


Seandai kau mengerti

                                
.........................................................................
“Perghhh! Bro,ada student baru tu! Dengan beg Puma dia. Mak aihhhh.Kau nampak tak tu bro,”
Bendy mula menunjukkan reaksi buaya melampau acap kali terlihat kelibat liuk lentok sang gadis yg mampu menggugat imannya. Matanya tak henti-henti melihat ke arah gadis yang telah mencuri pandangannya. Hakish yg sedang khusyuk menikmati popia basah yg baru dibelinya di kantin tadi mula meneropong ke arah sasaran.
“Apa kejadahnya kau nie Ben.Tak nampak pun yg boleh buka selera aku.Kau biar betul.Yang mana satu nie ,bro.”
Sejujurnya Hakish hanya berpura-pura mencari namun fokusnya hanya tertumpu pada popia yang penuh kenikmatan itu. Tak breakfast dari pagi tadi! Patut la...tiba-tiba Hakish bersuara,
“Wooowooo.Ngancam nya.Fuhhhhhh.Ben,kau tolong aku.Aku betol-betol nak........”
“Haaa,tue la.Aku cakap kau tak caya.Baru padan muka kau.Dia dah blah pun.”
Pintas Bendy tanpa sempat Hakish menghabis kan kata-katanya.
“Jap.Aku rasa ada lagi tu.Kau tunggu sini.Biar aku yang pergi .Kau nak?”
Soal Hakish dengan riak yang teruja ke tahap pawana.
“Number dia? Memang sah-sah la aku nak.Sekarang juga aku nak ni kalau boleh.”
“Hoi! Aku cakap pasal popia nie la.Aku nak gi beli lagi nak isi tangki.Yang kau nak number mak cik tue apa hal lak nie? Nak order?”
“Argghhhh! Kau nie kan! Mau aku bagi gak penumbuk jantan tulen aku kat muka kau.Yang aku punya semangat usha awek tadi maknanya kau tak perasan pun la?”
Bendy sudah mula mengeluh.Tah apa-apa lagi la si Hakish nie.Bahana popia Mak Cik Zah janda beranak 4,awek sikit punya cun pun tak nampak!
“Sorry la bro! Kalau kau tak puas hati sangat nanti kita setel habis sekolah.Tapi perut aku dah mengaum nie.Rest pun dah nak abes.Aku tak puas makan lagi nie.Chow!”
Meninggalkan Bendy yang terkebil-kebil memandang ke arah jejak Hakish.Cehhh.Popia je yang kau tau.Sengal.
..............................................................................................
“Selamat pagi,Cikgu.”
Satu kelas berdiri bak soldadu berkawat apabila terlihat kelibat Madam Riana memasuki kelas dengan baju dan beg tangan yang satu kaler.Bukan itu sahaja,contact lenses pn kaler sebijik! Memang sesuai la beliau digelar Madam Rambo @ rainbow.Pakej.two in 1. Ganas dalam colourful.Menarik bukan?Pedulikan semua itu.Ada sesuatu yang lain sebenarnya yang menarik perhatian seisi kelas.Terselindung di sebalik badannya yang chubby itu ,muncul seorang gadis ,bertudung,kulit sederhana cerah,dengan menayangkan wajah selamba.Tidak ada riak malu-malu kucing seperti kebanyakan gadis yang konon nak control ayu.walau dengan riak muka begitu,sepasang mata sudah tertancap ke arahnya dari awal lagi.
“Oh my god,Kish! Dat gurl la yg aku maksudkan tadi.Amacam cun tak?”
Ujar Bendy sambil menyiku lengan rakannya yang juga menunjukkan muka selamba tanpa ada sebarang reaksi teruja seperti yang terjadi kepada Bendy.
“Kish,aku cakap ngn kau kan.Hampeh ar kau nie. Dah la.Biar aku yang mulakan langkah.”
“Madam Riana may I ask you something? Who’s that cute little girl behind of you?”
Ujarnya dengan lagak angkuh,sudah tidak peduli tunggang langgang ayat .Speaking la konon!
“Ben,im so impressed of you today.Selalunya awak paling malas nak buka mulut time english lesson.What happens to you today? Saya belum nak cakap apa-apa lagi awak dah bising ya.I wonder why.Ok.So let me introduce her to all of u.Elfira,please tell us a little bit about yourself and why you are here,”

Satu senyuman dilemparkan ke seluruh kelas.Pastinya bunyi siulan dan perhatian pelajar-pelajar lelaki mula tertumpu sepenuhnya ke arahnya.Menanti penuh sabar butir bicara yang akan diturkan oleh si gadis. Madam Riana turut tersenyum dan dalam hatinya mula berbisik.
Eh,budak-budak nie.tak pernah pula tyme aku mengajar diorang concentrate smpai macamni.Dah mula la tue perangai ‘ulat bulu’ nak merebak.Heissssh.
“Assalamualaikun and good morning kelas.Im Lia Elfira bt Johan.But just call me Fira.Im from Johor but now currently stay in Taman Sena Indah .We’ve just move here last Saturday because my father need to be teaching here,also in this school.That’s all from me.”
Elfira masih menunjukkan riak muka selamba dan agak dingin.Mungkin masih belum dapat menyesuaikan diri.Dia hanya tersenyum sekali dan selebihnya pandangannya hanya dilemparkan jauh di sudut belakang kelas.Kosong sama sekali.
Niat Bendy pada mulanya ingin mengusik terus pudar serta-merta.
Selesai Elfira menerangkan serba sedikit tentang dirinya,Madam Riana mula menunjukkan tempat duduk Elfira,di sebelah tingkap,berhadapan meja guru.Dan kelas mula bejalan seperti biasa..
....................................................................................................................


“Macam susah je minah nie.Kish!! Kau dah bisu ke apa?”
Ujar Bendy sambil mulutnya menyedut air laici yang baru dibelinya di gerai Pak Mat.Tengahari begini minum air laici ada umpphh jugak ni.
Hakish terdiam.Ada sesuatu yang tidak terucap di sebalik wajah polos Elfira itu.Dia mampu membacanya.
“Kau nak tahu apa pendapat aku tentang dia? Seriusly she’s like a weirdo.Cun tue aku rasa bukan taste aku.Apa ek yang sesuai.Hurmm.Let me think first.Hurmmm..ahh,manis.Yup,bagi aku dia manis .Ok la nak dibuat awek,”
Ujar Hakish panjang lebar.Bendy mula menunjukkan muka tidak puas hati.
“Aih kau nie.Tadi  senyap ja.Sekarang bukan main lagi kau.Nak dibuat awek pulak.Berangan,huh!”
Hakish mula ketawa.makin lama makin terbahak-bahak.
“Hahahaha! Kau memang tak kan berubah kan.Mula-mula kau tanya pendapat aku.Bila aku senyap macam-macam kau nak hentam.Bila aku bagi komen kau marah gak.Then kau nak aku buat apa lagi ni.Sebab tu aku lagi suka diam la Benkang.!”
“Errr.Ok,ok.Jap.Bengkang kau panggil.Nah! Rasakan ni!”
Serentak habis baju sekolah Hakish basah dengan air laici yg baru dibeli di Gerai Pak Mat tadi.Bendy lari meninggalkan Hakish yang menyumpah seranah di depan pondok bas yg sesak dengan orang ramai.
Hari ini alamatnya, balik jalan kaki la Bendy!



.................................................................................................
Malam itu Elfira kempali mengahadap netbook tersayang nya.Acer aspire 1 happy,pinky gitu.Sesuai dengan jiwa remaja nya.Dia mula membuka laman-laman sosial.Apa lagi,kalo bukan Facebook pasti Twitter.Banyak peristiwa ingin dikongsikan bersama teman-teman lama.Tak lupa juga dengan Skype.Bermacam lagi lah.Dunia serba moden,apa perlu dirisaukan lagi.Dekat atau jauh ,hnya jarak yg memisahkan.tapi di alam maya,yang jauh pun asa mcm berjiran.
Alang-alang mahu memeriksa email,ym juga sudah siap sedia utk disapa.

Nieza    : buzz!!
Aip.Lia! mishuuuuu •_____•
Fira        :hehe..nieza!!! mishu t0o.waaaaaa!
asa lama x jumpa kau taw
but tolong jangan paggil aku Lia.
Nieza    :ok sorry,Fira.
ala beb! Bwu seminggu kot.huhu.
                Btw,kau sehat? Cmna suasana tempat baru?
                Mummy,daddy kau ok?
Fira        :hurm..............................................
Nieza    :y dear? Sumthing wrong? Kau ley pcayakan aku kan J
Fira        :tah la..kau taw aku x banyak kwn sgt kt cni.sunyi! sob3.
Nieza    :jap! Kau bawu msu k skul bwu rinie kan.take tyma la..sabar k
                Bila dowg dh kenal kau,Fira,mst dowg rapat ngn kau.
Fira        :rindu nk dgr kau pnggil aku Fira depan².
                Tah la.dowg cm dingin ja........
Nieza    :are u sure? Atau kau yg dingin.jangan bwat mcm aku x kenal kaw ok.
                Kaw tue kan berat mulut jugak.unless ngn owg yg kaw kenal.kn?
Fira        :haha.pandai kau ea.
                Tue la.esok aku egt nk kenal² ngn dowg
Nieza    :gud! Tgkap sekor mamat ok? Bwu kau ley epy J
Fira        :nieza plz!! Kau taw kn aku bukan mcmtue.
                K lah.aku penat lorh.Esok kita chat g k J
Nieza    :ok.sleeptight dear J
Fira        :u to0.nyte~
........................................................................................................................................
“Ok,petang ni adalah sesi aktiviti kokurikulum.Saya mahu anda semua hadir pada petang ini.Lengkap berpakaian sukan.Paham? “
Kata-kata Cikgu Anuar di perhimpunan pagi tadi membuatkan Fira terkedu.Lupa pulak.Dia masih belum mengisi borang mahu memilih kelab dan persatuan apa.Sedang dia sendirian di bangku tepi kolam berhampiran kantinnya,Elfira ditegur oleh dua makhluk yg seakan kembar,kembar tapi tak serupa!
“Hye Fira! X makan ke? Puasa atau diet? Aishh.badan macam awak pun nak diet ke? Gi la tambah sikit isi tu.Tapi takpe,mcmni pun dah comel,”
Seperti biasa mulut Bendy lantang bersuara.Hakish masih diam membiarkan sahabatnya yang memang sentiasa di luar kawalan bersuara.
“Saja.Tak ada selera nak makan.Ni ada roti pun dah cukup.”
Pandangannya sesekali teralih pada susuk tubuh di tepi Bendy.
“Fira,awak dah isi kelab apa yg awak nak masuk? So awak dalam kelab apa? Mana tau ada jodoh kita kn.”
Bendy masih tak henti-henti mencoba nasib.
“Oh,lupa pulak.Saya tak isi apa lagi  nie untuk koko.Hope you guys boleh tolong.If you dont mind,”
Nada suara Fira yang dingin mula bertukar rentak.Di waktu sempit begini,dia perlukan pertolongan dan juga sahabat.
“Ehhhh,apa pulak tak boleh.Awak jangan risau la.Simple je tue.Petang nie awak datang kat tapak tepi padang.Time tue baru awak isi awak nak kelab apa ok.Petang nie kul 3 kitowang tunggu awak kt situ.Boleh kan?”
Fira hanya mengangguk tanda setuju.Tanpa sepatah kata ,dia terus berlalu pergi.Meninggalkan Bendy dan Hakish yg tercengang.
“Hek eleh,kerek! Ni yang aku malas nie dengan perempuan bajet cantik macamtu.Tengok Ben,nama kau pun tah tahu ke tidak tu,even kita 1 kelas.Perangai mcmtu mau nya tak ada kawan langsung,huh!”
Ngomel Hakish bersungguh-sungguh.Geram jugak melihat Bendy diperlakukan begitu.
Bendy hanya tersenyum.Mengajak rakannya pulang ke kelas.
Tak mengapa. Tak kan Lari gunung dikejar.
............................................................................................................



Jam menunjukkan pukul 3.15..
“Aduhhhh,macam mana aku boleh tertiur nie.Ish,mummy pun satu.Tak kejut aku.Lewat dah ni.Daddy pun takkan tinggal aku kot terus pergi sekolah.Tak ada pun dalam bilik dia tadi.”
Dari jauh Bendy tersenyum cuma melihat Fira berlarlari anak menuju ke arah mereka.Hakish menekup mulutnya.Rasa mahu tergelak pun ada melihat tingkah laku Elfira yang gelabah semacam ja.
“Tapi comel jugak budak nie,” hati Hakish terdetak.
“Fuhh..Fuhhh..korang.sorry sangat. Am i too late?Sampai tak nampak bayang orang lain dah kt sini.So sorry,”
Nafasnya masih tercungap-cungap.
“Hahaha.Saya tak paham kenapa awak ribut sangat nie.Relax la. Small matter je pun.”
Ujar Hakish yg sudah tidak tyertahan lagi gelak nya.
Kali nie Bendy pula bertimdak sebagai pemerhati.
“What?? Tapi kan korang cakap by 3pm dh memang kena ada kt sini.”
Hakish ingin membuka mulut bagi menjawab kata-kata Elira tapi segera dihalang oleh Bendy.
“Jap.Before kita start saya nak awak just sign borang nie sebagai pengesahan,”
Masih kebingungan namun tanpa banyak soal terus dua borang itu ditanda tangani oleh Elfira.
Penat+malas nak bising lebih-lebih.Harap semuanya boleh setel dalam masa yangg singkat.
Teros diambil kembali oleh Bendy.
“Ok,gud girl.Dengan rasminya awak menjadi ahli kelab Alam sekitar & pelancongan and Kelab permainan tenis.Tahniah saya ucapkan,”
Hakish terkedu apatah lagi Fira.
“Nope,just wait a moment! Bila masa lak saya cakap nak masuk kelab semua tue.Bukan boleh pilih sendiri ke?”
Bendy tersengih.
“Just take a look at whatt u’ve sign.oopzz! Boleh pandang-pandang,jangan pegang-pegang.”
Reaksi Bendy tetap bersahaja.
Terbeliak biji mata Elfira bagaikan mahu jatuh bergolek.
Apa semua nie? Diorang tipu aku ke ? But for whatt??
Hakish yg melihat mata Elfira mulai merah segera meredakan keadaan.
“Fira you just relax.Ben,kau ikut aku sekarang!”
...................................................................................................
“Apa hal kau nie? Dulu bukan kau puja-puja sangat ke.Kenapa kau nak kenakan dia lak sekarang?
Come on la.She’s just a girl. Sebab dia tak layan kau? “
Bendy segera menjawab,tanpa mereka sedari,Elfira mengikut dari belakang.
“Hehe.Kau nie. Nie cuma taktik aku ja,bro. Aku cuma harap dapat mengenali dia dengan lebih dekat and aku nak dia satu grup dengan aku dalam apa hal pn.Aku cuma.....nak dekat dgn dia.Hurm.”
Hakish menggelengkan kepalanya.
“Well,tue kata kau.Kata Lia macamna? Ke kau dah lupa yang ayah dia tu cikgu kita.Kau nk ke kena dengan Cikgu Johan nanti.”
“Weewiittt,Lia??????? Sejak bila kau dan dia ada nama manja lak nie.Ada sesuatu yang aku tak tahu ke? You better tell me now!” Bendy mula kurang senang.
“Kau jangan nak ubah topik.Cuma terkeluar dari mulut aku .Lia macam sedap sikit bunyi.Cukup sal tue.Tolong jawab soalan aku tadi”
“Ok.Actually,aku pun tak tau .Haha.Lupa pulak ayah dia cikgu baru tu kan.Xpe lah.Japgi aku face to face dengan dia.Aku harap dia tak benci aku.hurmmm,”
Elfira yang telah lama mendiamkan diri di belakang pokok tidak jauh dari mereka akhirnya bersuara.Nyata mengejutkan Bendy dan Hakish.
“Err.awak..awak berdua nie.Im not sure what’s your names.tapi..tak la.Mana ada saya benci pun.Kalau saya benci awak berdua sapa lagi kan nak jadi kawan saya.”
Buat  kali kedua Elfira tersenyum menampakkan lesung pipitnya.Lebih manis dari dalam kelas dahulu.
“Really?? Thanks awak.saya ikhlas nak kawan dengan awak.I mean kami berdua.hehe,’’
Hakish hanya menggelengkan kepala melihat perangai Bendy yang mula terserlah.
“It’s ok.Err,awak Fendi ea? Sorang lagi Hakish Akmal?”
“Ehhh.Tak la.Saya Bendy but just call me Ben.Yup! sorang lagi panggil Kish ja,”
Ehh budak Fira nie.Nama aku boleh pulak silap,nama Hakish siap ingat full lagi.Apasal aku rasa len mcm haa.
“Ohh,ok.Ben saya terharu dengan apa yang awak buat.At least tak payah saya susah-susah  fikir lagi nak join apa.By the way, mana habis suma orang ni? dah lewat kan nie,”
Ben terdiam.Kemudian tertawa,
“Actually, aktiviti start kul 3.45.Saja saya suruh awak datang awal untuk mulakan sesi warming up dulu,”
“Erm,warming up?????”
“Yup,sesi suai kenal.Antara kita.Kita berdua,”

Percayalah Lia Elfira.Waktu kita masih panjang..dan kau.....tak akan pernah sedar.
.........................................................................................................................................
Sudah 3 bulan Elfira,Bendy dan Hakish bersahabat.Semenjak petang yang penuh bermakna itu,mereka kini ibarat isi dan kuku. Elfira juga kini mula digemari rakan-rakan dan gurunya. Keputusan peperiksaannya makin lama makin memberangsangkan. Begitu juga dengan Hakish dan Bendy.Bendy tetap nakal dan suka mengusik Elfira.Makin menjadi-jadi perangainya jika dilayan.Main saja lebih,namun result tetap gempak! Hakish dgn Elfira juga makin intim.Sudah tidak kekok seperti dahulu.
“Huwarggghhh! Aku ngantok la.Pukul berapa study grup kita nak habis nie.Kish,Fira?’
Soal Bendy sambil menonyoh-nonyoh matanya.Sudah sejam mereka di situ dan separuh dari masa itu jugak dihabiskan Bendy dengan tidur.Bagus sangat la tue...
“Ben,banyak lagi kot kita nak kena study. SPM dah dekat nie.Kau tak rasa cuak ke?”
Fira turut menambah,
“Ben,kita kan dah janji nak sama-sama score tuk SPM nie.kan?”
Aduhhhhh.Cair jugak hati Ben apabila ditegur oleh si pengarang jantung hatinya itu.
“Ok la.Untuk Fira ok ja.Utk score sama-sama tue Ben janji.Tapi untuk study nie teman korg boleh la.Kira ok apa homework aku siap kn,Kish.Nak study lebey masa pulak.Nie dah kira overtime nie.huh!”
Serentak Elfira dan Hakish membaling popcorn yang mereka beli sebentar tadi sewaktu Ben sedang tido ke arah Ben.Ada ja alasannya.
“Hoi².rezeki nie! tak baik ar.Nak baling biar tepat masuk mulut aku.hahahaha,”

Melihat Bendy yang tertawa bersungguh,Hakish dan Elfira saling berpandangan.Sebaik sahaja mata mereka saling bertentang ada sesuatu yang mengganggu.Namun tak berapa ketika selepas itu,Hakiish dan Elfira turut tertawa.
Mereka ketawa bersama seolah-olah tiada masalah yang akan menimpa.Tanpa mereka sedari,terselit sesuatu di antara mereka bertiga.Rahsia yang masing-masing tidak pernah mengungkapnya.
Hanya masa yg akan menentukan segalanya~
...........................................................................................................
“Fira,mummy and daddy nak cakap sikit nie.You sit here,”
Puan Herlina dan En Johan sudah siap menunggu di ruang tamu rumah.Puan Herlina membetulkan mask yang sudah siap terlekat di muka.Dia memang tidak suka nak bertegas dengan Fira.Baginya Fira sudah besar,sudah boleh membezakan baik dan buruknya sesuatu.Cuma En.Johan yg masih tidak yakin dgn Fira.Masih ragu-ragu dengan Fira,sejak dia kehilangan abangnya.Yang pergi membawa diri,hilang entah ke mana .Sudah bertahun-tahun mereka cuba menjejak kesan Hadi,namun sia-sia.Dan sejak mereka kehilangan  Hadi,Fira mengalami depressi dan kemurungan yang teruk.Dia seolah-olah hilang semangat hidup.Atas nasihat doktor,mereka berpindah dari Johor untuk memberi ruang kepadaFira melupakan kisah silam mereka dan memulakan hidup yang baru.Agaknya percaturan itu berjaya,namun ada sesuatu yang menakutkan En.Johan.
“Daddy,mummy..kenapa ni? Macam ada something serious ja.Apa tue?”
Soal Elfira setelah agak lama mereka bertiga berdiam diri.
“Bagi daddy it’s deadly serious.Kita bertiga tau apa tujuan kita berpindah ke sini kn.To start a new life and to make you smile again.Tapi daddy tak nak peristiwa dulu berulang kembali.Let bygone be bygone.Daddy tak nak Lia tipu diri sendiri lagi,”
“Daddy,please stop it. Panggil Fira ok,not Lia.Hanya abang ja yang boleh panggil Fira nama tu,” mata fira mula berkaca.
“Ya,sebab tue la! Tapi daddy hairan bila lihat Fira senang and happy ja bila berbual dengan Hakish and dia panggil Fira,LIA kan?? Hanya sebab muka Hakish macam Hadi? Apa nie,Fira.Jangan mempermainkan hati dan perasaan orang lain.And how about Bendy? You know what i mean.Fira tak kesian ke kat dia?’
Soalan yang bertubi-tubi dari En.Johan membuatkan air jernih mula mengalir laju menuruni pipi gebunya.
“No daddy,it’s not like that..i just..i miss him a lot.Abg hadi,daddy..mana dia..mummy,Fira nak abg hadi balik,”
Fira sudah teresak-esak.Puan Herlina segera memeluk satu-satunya anaknya yg tinggal.
Puan herlina segera memujuk suaminya,
“Abang,sudah la tu.Fira..biasalah.She’s too young,”
En.Johan mengeluh .
“Fira,semua nie untuk kebaikan Fira.Tanya hati Fira apa sebenarnya yang Fira mahukan.Jangan tipu diri Fira lagi dan jangan kerana satu kesilapan kecil yang Fira buat,banyak hati akan terluka.From now on,i want you to concentrate on your study.Lupakan dulu hal tadi ni.And about hakish and Ben,pandai-panadai lah Fira uruskan.Hati Fira sendiri tahu apa yang benar dan palsu,”
Dan malam itu,suasana hening meyelubungi kediaman mereka..

.................................................................................................
Pagi itu Hakish dan Bendy dikejutkan dengan 1 nota.Nota dari elfira.

Im so sorry about us.kita bertiga memang kawan yang sangat² rapat..atau mungkin...terlalu rapat....sehingga wujudnya sesuatu perasaan lain..
LOVE is a big deal.it’s not just about who we love,but also those who love us.
Dan cinta itu sungguh meluas.Cinta sebagai famili,sahabat,atau kekasih.
Let’s face our SPM 1st.Fira janji..habis ja final paper.Fira akan face to face.And tell both of you the truth.

salam sayang,
Lia Elfira

Bagaikan terkena renjatan elektrik kedua-dua mereka,Hakish dan Bendy.Masing-masing cuba mencari konklusi.Cuba menyelesaikan kekalutan yang timbul.
Namun begitu,walaupun satu kelas Elfira sentiasa mengelak dari bertemu dengan mereka.Masing-masing mulai sibuk dengan persediaan menghadapi SPM.Tapi tidak bagi Bendy.Dia bukan lah seorang yang cukup penyabar.
Dia sentiasa mencari peluang untuk bercakap  dengan Elfira walau sedetik,namun tidak pernah diendahkan.
“Fira,please.Kenapa nie? I thought we  are friends.Kawan apa kalau macam ni.Ada masalah apa pun cerita la.Kami boleh tolong.Sharing is caring,kan.”
Sempat lagi Bendy cuba berjenaka.
“Fira dah cakap kan.habis SPM nie Fira akan cerita hal yang sebenarnya.But now,please let  me go.For a while,”

“But fira,please dear.Jangan seksa Ben macam ni.”
Fira segera berlalu pergi.Jiwanya tak betah bertahan lama di situ.
Hakish memerhati dari jauh.Dia juga sudah tidak sanggup.Akhirnya,dia berjalan menuju ke arah Bendy.
“Ben,aku rasa aku kena cakap dengan kau,”
“Aku tak da mood.kalau kau nak cakap pun cakap kat sini ja.Dalam kelas aku tak suka serabut soal pelajaran dengan apa-apa masalah,”
“Sebelum tu aku nak minta maaf.Aku rasa aku dah rampas hak kau.I think Mira is in love with me,not you,”
Laju saja kata-kata itu meluncur keluar dari mulut Hakish.
“Ben,maafkan aku.Aku sendiri tak sedar bila semua ni terjadi tapi mungkin inilah hakikatnya.Yang perlu kita tiga terima.Kalau aku ditempat kau pun,aku akan cuba telan walaupun pahit.Kita hanya merancang,Ben.Hanya Allah yang menentukan,”
Ben sudah mula menggenggam buku limanya .Mau sahaja dilepasnya penumbuk itu tepat di muka Hakish.Namun memikirkan mereka sudah bersahabat dari kecil,Ben membatalkan niatnya.Segera badan Hakish ditolaknya ke tepi,dan dia pula berlalu pergi.
Apabila pulang ke kelas..masing-masing diam membisu.Hanyut dalam dunia sendiri.

........................................................................................

Dan hari yang dinanti-nantikan pun tiba.
Cukup 9 subjek yg mereka duduki,penantian kini berakhir! Mereka sudah merdeka,merdeka dari alam persekolahan yg penuh pahit dan manis.
Janji tetap janji.Walau sedikit gementar Elfira,Hakish dan Ben kini bersemuka antara satu sama lain.Sebelum meninggalkan sekolah buat selama-lamanya rahsia perlu dirungkai.
“Emm.Hai Kish,Ben.”
Hakish dan Ben masing-masing hanya mampu membalas sapaan itu dengann senyuman hambar.Itu pun sudah cukup berat.
“Fira..err..Fira tak tahu macam mana nk mulakan.But first of all,Fira nak minta maaf dulu,”
Belum sempat Fira menyambung percakapannya,Bendy teros mencelah,
“Cukup.Fira,Kish tak payah la nak berpura-pura lagi.Kalau semua rasa bersalah biar la Ben yg cakap.Ben memang sayangkan Fira.Dari pertama kali Ben nmpak Fira,ada sesuatu yang datang.Perasaan baru yang Ben sendiri tak paham.Akhirnya,setelah terluka sekali,baru sekarang Ben paham.Tapi Ben jugak harus paham yang hati Fira bukan milik Ben tapi kawan baik Ben sendiri.Untuk kau Kish,aku harap kau jagalah Fira elok-elok.Ok la,aku minta diri dulu.Assalamualaikum,”
Fira tergamam! Apa nie?Aku dan Hakish? Tak boleh mcmni.Aku mesti betulkan salah paham ni.
“Sabar dulu.Awak tak adil Ben.Awak menjatuhakan hukum sendiri tanpa mendengar penjelasan dari saya.Saya dan Hakish?? Mana awak dapat cerita ni? Saya tak  pernah simpan apa-apa perasaan terhadapnya seperti mana saya sayangkan awak.Memang saya juga sayangkan Hakish tapi bukan sebagai kekasih,”
Hakish tersentak!
“Lia,apa suma nie?? Cara awak layan saya,awak pandang saya,seolah-olah awak sayangkan saya! Jangan nafikannya,Lia.”
“Kish! Stop calling me Lia.Hanya abg kandung saya,Hadi akmal Johan saja yg boleh panggil saya dengan nama tu.Dan kerana saya menganggap awak sebagai abang la saya membenarkan awak memanggil saya dengan nama LIA.”
Kali ini Bendy dan Hakish benar-benar dalam kebingungan.Mereka tidak pernah mengetahui Elfira mempunyai abang.Patut la mereka ada ternampak gambar Elfira dan seorang lelaki sewaktu kecil di atas meja Cikgu Johan.
“Yup! Kali pertama saya terpandang Hakish,rupanya saling tak tumpah seperti abang saya,apatah lagi wajah dan cara merka memanggil saya dengan nama Lia.Abang telah menghilangkan diri sejak 2 tahun yang lalu.Secara tiba-tiba,sejak putus cinta dengan seorang yang sangat disanyanginya.Fira hampir gila dan sebab itulah Fira berpindah ke sini.Sebaik Fira bertemu Hakish Fira mula menipu diri sendiri dan mengatakan Kish ialah abang Hadi.Namun daddy cepat-cepat sedarkan Fira agar tak terus hanyut.Tambah lagi ini tidak adil untuk orang yang betul-betul Fira sayangi,”
Ujar Fira perlahan.
Bendy yang mula punyai kekutan pun mulai bertanya,
“Fira,jadi siapa sebenarnya di hati Fira.Kalau lah Ben dapat mengerti,”
Fira tersenyum,memandang kedua-dua orang jejaka di hadapannya.
“Dua-dua ada tempat dalam hati Fira.Kish sebagai seseorang yang Fira anggap macam saudara sendiri dan awak,Ben.Sebagai penyeri hidup Fira.”
Ben tersenyum,Hakish yg dari tadi mendiamkan diri menarik nafas dalam-dalam .
“Ben,maafkan aku.Aku pandai-pandai buat kesimpulan tentang aku dan Fira.Padahal dia sayangkan kau.Ha..ha..Tapi dia sayang aku juga.Cuma aku yang silap menilai erti sayang tu sebenarnya.”
Ben segera memeluk rakan baiknya itu,ya benar! Men are like brothers.Mereka tidak akan sesekali bergaduh hanya kerana seorang perempuan.Lagipun Hakish sendiri sudah pernah berkata,dia akan redha menerima apa sahaja keputusan Elfira.
“Ok la.Apa kata aku belanja korg ABC kt warung depan.Aku gi order dulu ea japgi korang datang tau,” ujar Hakish smbil menjungkitkan sebelah mata ke arah Ben penuh makna.
..........................................................
“Ehem.So Cik Lia,opps! “
Elfira membeliakkan biji matanya.
“Cik Lia Elfira,sudikah awak menjadi teman hidup saya.Penyeri hidup saya merangkap my beautiful bidadari? Be eternally mine,“
Elfira mengangguk perlahan,dengan mukanya yang kian memerah.
Dari jauh Hakish hanya memandang sepi.
“Lia,seandai kau mengerti.Kalau saja persahabatan itu akan membuatkan kau dan aku lebih rapat,aku lagi rela memilih sebuah persahabatan yang tak akan pernah putus.Moga kau lebih  bahagia di sisi Ben,”


Love can just happened,
but friend remains forever ~
 this is my 1st time..thanks to sis Amanie Ashraff yg bagi dorongan :)

22 comments:

Miecyber said...

Abg Mie rasa panjanglah cerpen ni.Kalau panjang macam nie elok pecahkan dan posting kan by atau mengikut episod..

Pembaca akan teruja untuk menanti next entri @ episod.

Tapi jalan cerita menarik dan ada bakat menjadi penulis..

Tapi elok dapatkan pendapat blogger lain juga. yer

Ganbanttee nee...:D

6 Bom Tangan di temui di Brickfields

Anonymous said...

jalan cerita menarik. tersusun. ditambah dengan unsur2 humor. pembaca rasa terhibur. unsur2 emosi membuatkan pembaca terus setia untuk membaca sampai habis. ada bakat menulis. all the best.

SAYS.my 3rd anniversary birthday giveaway

zaty luvlianncez said...

@Miecyber hi3.panjang sgt ke abg mie.xpe².nnt try pendekkan sket.makaseh sudi baca :D

zaty luvlianncez said...

@Cikgu Den tenx cgu den..happy nie.moga² owg len gk akan suke :)

fRaMe+LenSeS said...

cerita yang baik kamu. tapi kan, if u can rearrange the sentence, would be much better, pandangan peribadi la. dia terlalu jauh. dan nampak semak plak. buat jadi panjang sangat..

dari segi cerita, memang terbaik. kamu berbakat.. nadh suka.. jgn lp invite biila ada lagi hasil2 karya hebat seperti ni untuk tatapan ya.. ;)

. said...

hi zaty maaf lambat komen; hmm. kalau nak pandangan

1. space antara perenggan-perenggan menampakkan cerita ini panjang.

2. pengunaan bahasa inggeris dan bahasa melayu campus saya tak galakkan maaf =.=

3. pengunaan perumpaan ada :)

4. jalan cerita amat menarik;

5. kalau boleh bahasa slanga dan campur itu dimuatkan di dalam dialog perbualan sahaja.

maaf zaty ini pandangan ikhlas saya;

zaty luvlianncez said...

@fRaMe LenSeS ok.makaseh nadh. nnt kalo da zaty inform g:D

zaty luvlianncez said...

@KHRLHSYM xperlu nk meminta maaf. sgt² memerlukan komen utk perbaiki cerpen zaty.tenxx. nanti dtg lg.komen yg ikhlas itu perlu :D

Anonymous said...

terbaek..!!






saya suka....keep it up...
teruskan bercerpen :)

zaty luvlianncez said...

@cik ayin tenx taw.nie yg semnagat nie:)

Eza said...

ok here goes my comments..

1)Jalan cerita ok for beginner,boleh gilap lg but i suggest zaty bbkk je blog baru utk muatkan semua cerpen zaty...org yg suke bace cerpen mcm eza ni akan cari laman2 camni ;)

2)berhati2 dgn ejaan..eza dpt kesan berbelas2 typo.sile cek semula ye zaty..even nama Fira pun ditaip sbg 'Mira'..cth lain typo 'kempali mengahadap','disanyangi',tyertahan'...ade lagila..triple cek ok :)

3)Lagi,be careful dgn penggunaan bahasa bdk skrg...sng cerita bahasa sms la..takut terbawak-bawak dalam penulisan..kalau dialog takpe camtu..tapi if bercerita kene penuh ye...cth: time jadi tyme.

Humor ade,jalan cerita ringan and bahasa telus..i dont regret reading this anyway... :) Keep up d good work! ini komen ikhlas dari eza...

Unknown said...

aku nk komen byk2 pun ak bukan terer sgt..but nice tried.mungkin hg leh msukkan lbh byk description.bru ak leh imagine cmna.hee

zaty luvlianncez said...

@Eza semput baca kumen nie.hehe.maceh.t dtg lg

zaty luvlianncez said...

@taio x asa gtu pn :P kui3

zaty luvlianncez said...

@angkasa hi3.kalo bisa aq ceritain,pasti kamu ngak akn percaya >.<

Eza said...

hehehe..jgnla semput zaty..eza pun suke menulis & membaca novel juge.. usaha tangga kejayaan,yey! teruskan menulis!

anumuchan said...

Salam.jalan2 singgah sini..nice blog :)
Jom tengok sakura dekat blog saya^^
http://frommetoyou85.blogspot.com/
Sudi2 jenguk ye (^____^)

Unknown said...

best! tetiba teringat masa zaman skola dulu plak

Amanie Khairunnisa said...

eii budak nie! cakap tak pandai! oke jek org baca. kalah org tau =.='

Woofer Storm said...

pnjg gila,tapi nice zaty..buat sndri ni?betul?heheee

*sy pun rasa mcm tu,bgus buat episod2,dan biar setiap episod yang akan dtg,zaty bagi suspen.so orang akan teruja nak baca lagi...
*kalau pnjg mcm ni,kalau orang suka bca novel,layan la ni..tapi klau oranh malas,dia kat je dia dah baca..hehehee
*tgk sy komen pun dah mcm nak buat novel pulak..hehee

maaf kalau terasa,skdr pandangan sy,,

zaty luvlianncez said...

haha.nie sesedap rasa je tulis sis amanie.kui3

faiz said...

walaupon citer ni menarik saye rase bley pecah entry ni sebab saye mmpu baca 3citer je...